Dec 31, 2008

Filem kehidupan 2008


In a few hours time, sayonara year 2008. Welcome 2009! A pix worth a thousand words. So the pix above truly depicts my life and stories for the past 1 year. Eye On Malaysia atau umpama ferris wheel yang kadangkala membuat diriku di puncak dengan pemandangan indah penuh kemegahan. Namun ada ketikanya, diriku berada nun jauh di bawah. Inilah filem kehidupan, babak gembira, ceria, sedih, pilu, bangga silih berganti memberi warna-warni dalam yang terus berputar tanpa henti.
Barangkali daku harus muhasabah dan menilai peribadi. Sisi gelap yang melanda jiwa perlu dibersihkan dengan pencerahan. Gundah jiwa harus disinari dengan untaian ketenangan hakiki bergelar sakinah. Daku harus kembali menjadi hamba dan khadam yang taat. Ya, daku mengharapkan keberkatan dan bahagia naluri dan pengisian duniawi. Daku ingin memenuhi dadaku dengan nilai insani, rohani, memelihara hubungan manusiawi, mencipta kembali pencerahan kreativiti dan terus menimba ilmu untuk menjadi insan yang jauh lebih matang, berani, pintar. So year 2009, here I come.

Jun 11, 2008

Insan-insan istimewa....

Salam,

It's been a busy week for me maklumlah tugas sebagai Event Planner bila ada majlis keraian grand yang tetap perlu diteruskan hehehe..
That's a part and parcel of my job for the past 1 1/2 years. Jadi orang kata "alah bisa tegal biasa". Anyway, thanks pada yang bertanya sapa "insan-insan istimewa". Well, ramai sebenarnya sbb tu I use "insan-insan". Ada beberapa kategori kawan tapi yang ada dalam my list adalah sangat istimewa. Kelompok yang sentiasa hadir dan menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk daku teruskan hidup dan cabaran sehari-harian. My insan-insan istimewa apart from my family, revolve around my list of greateast friends dari UPM and of course UUM. Malah ada sorang yang lebih dari istimewa because that one is teristimewa hehehe...

Okay, apa yang istimewa pasal diaorang ni:
1- Masing-masing gigih dan bekerjaya sebab result pun mantap
2-Sama-sama penah merasa the ups and downs kat campus(maklumlah Ex-dip)
3-Masing-masing ada bakat, kebolehan, daya kepimpinan dan yang best "gila-gila", sporting, pastu bukan jenis pretentious or berlagak cam bagus!
4-Sentiasa support each other dan beri kata-kata semangat for me untuk berjuang.

So wahai insan-insan istimewa, this time I really appreciate support korang yang tak henti-henti memberi kata semangat, tips dan idea untuk ke level berikutnya.Dari yang bagi info pasal my topic, pada yang beri motivasi, pada yang nak tolong sahkan my sijil walaupun nak minta belanja(demand hehe..). tapi paling utama semangat setiakawan dan keikhlasan korang to me. I'll strive for the best walaupun yang maybe dapat jawatan tu cuma sedozen dua je dari beribu-ribu lemon. It's time for my battle wahai Insan-insan istimewa..So wish me luck!

Jun 5, 2008

Kejutan ke?

Salam,

Kejutan dalam seharian hidupku ini
Sebagaimana kejutan rakyat Malaysia terhadap kenaikan harga minyak
But on my side it's a good news. Opppss, I mean great news!
Bermula dengan result PAC yang muncul dalam website SPA.
Alhamdulilah, I'm going to the next level. Syukur sangat especially lepas my last post pasal back-to-basic semalam. Thanks to all insan-insan istimewa yang terus memberi support dan kata-kata semangat untuk daku "melompat lebih tinggi".
I'll do my best to be the best among the best...

So pasal isu kenaikan harga minyak
I would like to suggest bagi kita sebagai pengguna:

1-Guna kenderaan awam utk jimat petrol
2-Tukar pakai motorsikal or basikal.
3-Pergi jalan-jalan or shopping area dekat-dekat dengan kawasan rumah.
4-Tukar supaya kereta guna non petroleum based vehicle macam tangki gas taxi.
5-Kembali semula konsep car pool dengan teman satu office.
6-Susah-susah cari je kerja yang dekat sikit dengan rumah.

That's all for the time being...

Jun 3, 2008

Back-to-basics....

Salam,
Lama betul I didn't post any ideas or sebarang kisah hidup kat sini. So inshallah, I'm gonna start a new day plus this time I gonna use "campurisation" hehe... Hope this will add more colours to my blog. First-thing-first, back-to-basics merujuk kepada my world view terhadap diri kita yang perlu kembali menjalani hidup sebagai insan yang dikehendaki oleh Allah swt. Doa dan Tawwakal dua senjata terhebat yang dikurniakan but we tend to take for granted. Tapi percayalah dalam apa jua situasi kita hanya insan yang mampu usaha, ikhtiar dan menanam keazaman tapi bukan semuanya akan berlaku macam yang kita kehendaki. Bukan terletak atas tangan kita...
It comes to my mind apabila most of my best/bestest/close/closest and special people yang sama-sama belajar dulu kat Northern Region ramai dapat tawaran to join the "academia". I'm so glad and happy and teruja bila dengar this news pagi tadi. So most of my tourism friends akan jadi lecturer. Congratulations.....
Apa yang buat I kembali menulis adalah kerana terdorong dengan tahap kesabaran dan ketabahan diaorang yang "menanti sebuah jawaban" dalam jangkamasa yang sangat lama. Malah ada yang hampir-hampir melupakan hasrat dan niat diaorang tu. Tapi inilah back-to-basics, kembali menadah tangan dan sujud tanda kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta yang telah mengabulkan permintaan dan hasrat murni hambaNya. So, ini suatu inspirasi for me. Jangan sesekali berputus harap dan sabar menanti. Pasti ada hikmah di sebalik setiap pengorbanan dan kesabaran. So, selamat menjadi lecturer pada tanggal 16 Jun 2008 samada di Merlimau, JB, Hulu Langat, Langkawi, Arau mahupun Sg. Siput. Buat teman-temanku lain yang masing-masing dengan kerjaya yang tersendiri. Always remember that it's very important for us to come back-to-basics....